Thursday 24 March 2016

Jom!!!! Amalkan Budaya 3S (SENYUM, SAPA & SALAM)

26.06.2016, JUMAAT. 6.45 pg - 8.00 pg.
Satu Kempen Amalan 3S (Senyum, Sapa & Salam) Program Guru Penyayang telah diadakan oleh unit HEM SKCC dan dirasmikan oleh Pn. Chanthra Vathani  A/P Mariappan wakil dari PPD Manjung,turut sama hadir pada pagi ini Guru Besar sekolah kelompok CO Zon Ayer Tawar iaitu SK Ayer Tawar, SK Gelong Gajah, SK Kg Kota, SK Beruas, SK Gangga dan SK Dendang.
Konsep Kempen Amalan 3S (Senyum, Sapa & Salam) ini akan mewujudkan hubungan saling hormat menghormati, sifat kasih sayang, peka kepada keadaan sekeliling menjadikan suasana yang harmonis dan kondusif dalam menyuburkan budaya masyarakat penyayang.Amalan ini boleh dipraktikkan pada bila-bila masa semasa bertemu rakan, guru, ibubapa atau tetamu sekolah. Semoga program tersebut dapat meningkatkan kesedaran warga SKCC tentang pentingnya budi bahasa dalam kehidupan kita.











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...