LOGO

KETERANGAN LENCANA SEKOLAH


HURAIAN FIZIKAL
  • Bentuk  Dasar mengambarkan 'cermin' sebagai sejarah wujudnya Kampung Changkat Chermin.
  • Bumbung berbentuk Minangkabau bagi melambangkan satu tradisi pembinaan di Malaysia.
  • Bumbung juga melambagkan sekolah sebagai tempat bernaung kepada semua lapisan masyarakat    dalam menimba ilmu.
  • Separuh Bulatan dibawah melambangkan bahawa ilmu ditimba, disimpan, diguna dan dijaga sebaik-baiknya ke arah matlamat yang betul.
  • Buku melambangkan gedung ilmu dan bahan utama kearah pencapaian kejayaan.
  • Bucu-Bucu Segilima menggambarkan Lima Rukun Islam dan Lima Prinsip Rukunegara.
  • Tiga Bulatan yang berkait melambangkan semangat kesukanan yang boleh membentuk kecergasan fizikal dan mental serta mengwujudkan semangat perpaduan.
  • Bulatan Kuning menggambarkan bulan purnama lambang kepada agama rasmi dan mesti dipupuk dari sekolah.
  • Bulatan Hitam menggambarkan kebulatan usaha, kerajinan dan ketekunan dalam mencapai cita-cita dan matlamat.
  • Roda Bergigi melambangkan ke araha kemajuan sains dan teknologi.
  • Enam Gigi pada roda menggambarkan tuntutan ke arah kemajuan sains dan teknologi hendaklah didasarkan kepada enam rukun iman.
HURAIAN WARNA
  • PUTIH      - Menggambarkan kesucian dan keikhlasan dalam perkhidmatan dan usaha.
  • KUNING  - Menggambarkan negeri dan negara serta bersultan.
  • HITAM      - Menggambarkan keteguhan benteng didalam menghadapi segala cabaran dan dugaan.
  • MERAH   - Mengambarkan semangat yang berkobar bagi mencapai segala cita-cita 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...