• PROGRAM BACK TO SCHOOL

    PROGRAM BACK TO SCHOOL AGIHAN WANG ZAKAT 2018

  • PROGRAM CO SEMARAK JAYA 2017

    PROGRAM CO SEMARAK JAYA KELOMPOK ZON BERUAS 2017

  • MESYUARAT PIBG KALI KE-41

    MESYUARAT PIBG KALI KE-41 SK CHANGKAT CHERMIN 2018 TELAH DIRASMIKAN OLEH DATUK ALI MANSOR

Wednesday 25 January 2017

Program Senamrobik 1M1S SK Changkat Chermin Bersama Milo lagi..

25.01.2017,RABU. 7.40 pg - 9.00 pg, Lokasi :Dataran Azizah,SKCC.
Syarikat Nestle Sdn.Bhd melalui jenama Minuman MILO telah mempromosikan gaya hidup sihat dikalangan murid sekolah melalui aktiviti senamrobik supaya ia menjadi suatu budaya didalam kehidupan harian para pelajar. SKCC telah menyambut baik usaha pihak  MILO dan mengalakkan program tersebut dilaksanakan di sekolah.Semua warga SKCC juga turut serta dalam menjayakan program ini.











Mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Bercerita Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Manjung

24.01.2017,SELASA,2.30 Ptg ~ 5.00 Ptg. Mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Bercerita Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Manjung, Lokasi: Makmal Komputer, SK Changkat Chermin.


 


 



Thursday 12 January 2017

Majlis Perpisahan Guru-Guru SK Changkat Chermin Bertukar Sekolah

11.1.2017, RABU. 11.30 Pagi, Dewan SK Changkat Chermin.
Majlis Perpisahan guru SK Changkat Chermin iaitu Guru Penolong Kanan HEM, Cik Hjh Roziah bt Abd Kadir yang akan bertukar ke SK Dato Ishak, Lumut sebagai Penolong Kanan Pentadbiran dan juga Ustaz Mohamad Khairuddin b. Mohd Noor yang bertukar ke SK Kg Dato Seri Kamarudin, Seri Manjung. Kami warga SKCC sentiasa mendoakan semoga pertukaran ini dipenuhi dengan keberkatan oleh Allah dan selamat berkhidmat di sekolah yang baru.
Dalam majlis ini juga, cenderahati telah disampaikan oleh Guru Besar, En.Mohamad Hosni dan Penolong Kanan Pentadbiran En Rozaidi serta oleh Guru-Guru SKCC.

Gambar sepanjang majlis perpisahan




















Akhir kata, terima kasih diucapkan kepada Che Azizah,Cik Rodziah dan Ust Mohd Khairuddin atas sumbangan terhadap SK Changkat Chermin sepanjang perkhidmatan. Budi dan jasamu tuan/puan, akan kami kenang sehingga ke akhir zaman. Semoga ikatan silaturrahim antara kita akan terus terjalin merentasi masa. 

TERIMA KASIH, TERIMA KASIH DAN TERIMA KASIH.

Monday 9 January 2017

Pelantikan Pemimpin-Pemimpin Sekolah 2017

9.1.2017, ISNIN. 7.40 Pagi, Dataran Azizah, SK Changkat Chermin.

Unit Hal Ehwal Murid SK Changkat Chermin telah menganjurkan Pelantikan Pemimpin-pemimpin Sekolah dan didahului dengan Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah. Pelantikan Pengawas-pengawas Sekolah telah diadakan semasa perhimpunan pagi ini. Majlis pelantikan ini khusus kepada murid-murid baharu yang telah terpilih bagi memegang jawatan pengawas sekolah.Turut dilantik ialah ketua kelas dan penolong ketua kelas.

Pihak sekolah berharap agar semua murid yang telah dilantik dapat berusaha membentuk peribadi pemimpin di dalam diri masing-masing serta melaksanakan tanggungjawab dan tugas yang telah diamanahkan dengan baik. Jadikan peluang ini untuk mengasah kemahiran memimpin anda semua. Tahniah dan Selamat menjalankan tugas.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...