• PROGRAM BACK TO SCHOOL

    PROGRAM BACK TO SCHOOL AGIHAN WANG ZAKAT 2018

  • PROGRAM CO SEMARAK JAYA 2017

    PROGRAM CO SEMARAK JAYA KELOMPOK ZON BERUAS 2017

  • MESYUARAT PIBG KALI KE-41

    MESYUARAT PIBG KALI KE-41 SK CHANGKAT CHERMIN 2018 TELAH DIRASMIKAN OLEH DATUK ALI MANSOR

Tuesday, 22 March 2016

Bola Baling SKCC 2016

02.02.2016,SELASA - 03.02.2016,RABU.
PERTANDINGAN  BOLA BALING BAWAH 12 TAHUN MSSD 2016 PERINGKAT DAERAH MANJUNG.
Lokasi: SK GANGGA

SK Changkat Chermin telah menghantar 2 pasukan iaitu pasukan lelaki dan pasukan perempuan ke pertandingan bola baling bawah 12 tahun MSSD 2016  Dipimpin oleh En.Mohd Khairuddin bin Mohd Noor sebagai pengurus pasukan bersama jurulatih iaitu En. Mohd Zulhazmi bin Ab Manan dan En.Khairul Fahmi bin Abdul Hamid melatih pasukan bola baling yang menyertai pertandingan.Manakala bagi pasukan bola baling perempuan Pn. Noraliza bt. Shamsuddin menjadi pengurus pasukan.













Monday, 18 May 2015

SAMBUTAN HARI GURU 2015 SK CHANGKAT CHERMIN

18.05.2015 ISNIN. Dewan SK Changkat Chermin
  Tema Hari Guru 2015 : GURU: MEMBINA ILMU MENYEMPURNAKAN AKHLAK

Sambutan Hari Guru peringkat sekolah telah diadakan bagi memberi satu pengiktirafan buat semua yang bergelar 'cikgu'. Semoga dengan pengiktirafan ini dapat menyemarakkan lagi iltizam dan tekad serta ikhtiar dalam usaha kita menjana dan mengangkat martabat profesion keguruan sebagai profesion yang dipandang tinggi semurni tugas seorang guru.

Aturcara Sambutan :
-Bacaan doa
-Nyanyian lagu Negaraku,lagu Negeri Perak,lagu Sekolah
-Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
-Ucapan Ketua Murid
-Ucapan Guru Besar
-Bacaan Perutusan Hari Guru
-Bacaan Ikrar dan Nyanyian lagu Guru Malaysia
-Persembahan Deklamasi Sajak (Puisi Hari Guru),Persembahan Khas Guru,Persembahan Khas   
 Murid Prasekolah dan Persembahan Khas Murid
-Acara Sukaneka: Bowling Dewan,Gelang Emas Mak Kiah,Cikgu Cikgi Kreatif dan Orang Bisu
-Penyampaian Hadiah,Cenderamata dan bertukar hadiah,Penyampaian Saguhati murid kepada guru
 dan Bersalaman.
-Jamuan Guru dan Kakitangan.

 Gambar sepanjang Sambutan Hari Guru SKCC :











































Friday, 15 May 2015

PERTANDINGAN PIDATO PIALA DIRAJA PERINGKAT ZON AYER TAWAR 2015

14.05.2015 2:30 Petang Khamis, Dewan SKCC.
SK Changkat Chermin telah diberi kepercayaan untuk menjadi tuan rumah Pertandingan Pidato Piala Diraja peringkat Zon Ayer Tawar 2015.Seramai 4 orang peserta yang mewakili sekolah-sekolah telah mengambil bahagian.SKCC telah menghantar seorang wakil iaitu Nurul Aisyah Bt Sharunizam.Encik ABDUL HALIM BIN MOHD NOR PENGERUSI JKKK CHANGKAT CHERMIN telah sudi merasmikan dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang.














Tuesday, 14 April 2015

LADAP SKCC: SISTEM WARNA EWS (Early Warning System)

14.04.2015, SELASA.1.00 Ptg - 2.00 Ptg, Makmal Komputer SKCC.

Satu taklimat LADAP "SISTEM WARNA EWS (Early Warning System)" telah diadakan.Taklimat ini telah disampaikan oleh PK Pentadbiran En. Rozaidi Bin Mohamed Kasan.












Friday, 3 April 2015

Pertandingan Nasyid Di SK Segari Lumut, Perak.

02.04.2015 KHAMIS.Tahniah diucapkan kepada Pasukan Nasyid SKCC yang telah mengharumkan nama sekolah dan berjaya menjadi Naib Johan di Pertandingan Nasyid dan Khat Peringkat Zon Ayer Tawar juga syabas diucapkan kepada para peserta nasyid, guru-guru dan semua yang sentiasa mendoakan kejayaan SKCC.







Thursday, 2 April 2015

Peserta Pertandingan Hafazan Peringkat Daerah Manjung

01.04.2015 RABU Pertandingan Hafazan Peringkat Daerah Manjung telah berlangsung petang ini di SMK Batu 10 Lekir, SK Changkat Chermin telah menghantar seorang peserta iaitu adik Nurul Aisyah bt. Shahrunizam untuk bertanding,Guru Pembimbing iaitu Ustaz Khairuddin dan Guru Pengiring Ustazah Norhazirah. Selamat Berjaya!.






Wednesday, 1 April 2015

Mesyuarat Pertandingan Pidato Piala Diraja Sekolah-Sekolah Bagi Zon Beruas

01.04.2015 RABU. Mesyuarat Pertandingan Pidato Piala Diraja Sekolah-Sekolah Bagi Zon Beruas yang diadakan di Makmal Komputer, SK Changkat Chermin, pada 2:30 petang dihadiri oleh Guru Besar sekolah-sekolah rendah bagi zon Beruas dan membincangkan tentang penetapan tarikh, masa, penyertaan, undian  serta perbelanjaan pertandingan ini. Kerjasama dalam menjayakan pertandingan yang akan diadakan nanti adalah amat dihargai.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...