30.03.2016,RABU,2.30 Ptg ~ 5.00 Ptg. MESYUARAT PELARASAN PERTANDINGAN BERCERITA TAHAP 1 DAN TAHAP 2 SEKOLAH - SEKOLAH RENDAH DAERAH MANJUNG,
Lokasi: Makmal Komputer, SK Changkat Chermin.
Harap Maaf kepada semua wakil Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Manjung yang hadir bermesyuarat kerana terpaksa berada dalam keadaan kurang selesa,akibat kerosakan penghawa dingin yang telah berlaku ketika ini.
Wednesday, 30 March 2016
Friday, 25 March 2016
Anda Mampu Lakukan 10 minit je...!
By skchangkatchermins.blogspot.com at 11:49
09.03.2016, RABU. 07.00 pg - 9.00 pg, Lokasi: Dataran Azizah SK CHANGKAT CHERMIN
KEMPEN MENANGANI WABAK DENGGI SKCC 2016
Pelancaran Kempen Menangani Wabak Denggi Peringkat SK Changkat Chermin telah diadakan semasa perhimpunan pagi.Pada masa ini juga, penceramah jemputan khas dari Pejabat Kesihatan Daerah Manjung iaitu En. Azhar Bin Sepian telah memberi sedikit perkongsian tentang cara untuk menangani wabak denggi.

Penceramah Jemputan Khas PKD Manjung En. Azhar Bin Sepian
Pertandingan Mewarna Poster Kempen Menangani Wabak Denggi Peringkat SK Changkat Chermin
Aktiviti Cari dan Musnah tempat pembiakan nyamuk aedes juga dijalankan dikawasan sekolah.
Penyampaian Saguhati Kuiz Menangani Wabak Denggi Peringkat Sekolah
Thursday, 24 March 2016
Jom!!!! Amalkan Budaya 3S (SENYUM, SAPA & SALAM)
By skchangkatchermins.blogspot.com at 16:36
26.06.2016, JUMAAT. 6.45 pg - 8.00 pg.
Satu Kempen Amalan 3S (Senyum, Sapa & Salam) Program Guru Penyayang telah diadakan oleh unit HEM SKCC dan dirasmikan oleh Pn. Chanthra Vathani A/P Mariappan wakil dari PPD Manjung,turut sama hadir pada pagi ini Guru Besar sekolah kelompok CO Zon Ayer Tawar iaitu SK Ayer Tawar, SK Gelong Gajah, SK Kg Kota, SK Beruas, SK Gangga dan SK Dendang.
Konsep Kempen Amalan 3S (Senyum, Sapa & Salam) ini akan mewujudkan hubungan saling hormat menghormati, sifat kasih sayang, peka kepada keadaan sekeliling menjadikan suasana yang harmonis dan kondusif dalam menyuburkan budaya masyarakat penyayang.Amalan ini boleh dipraktikkan pada bila-bila masa semasa bertemu rakan, guru, ibubapa atau tetamu sekolah. Semoga program tersebut dapat meningkatkan kesedaran warga SKCC tentang pentingnya budi bahasa dalam kehidupan kita.