03.05.2016, Selasa. 3.00 Ptg ~ 5.00 Ptg, Dewan SK Changkat Chermin.
Program j-QAF mengadakan Kem Cemerlang Jawi bermula tahun 2015 akan mampu memperkasakan Pendidikan Islam di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah.
Kem Cemerlang Jawi merupakan aktiviti pembelajaran yang mesti dilalui oleh murid-murid yang lemah. Ia perlu diajar dengan menggunakan metodologi dan teknik yang berkesan supaya mereka dapat menguasai kemahiran mengenal, membaca dan menulis dengan sempurna.
Sasaran
Semua murid tahun dua hingga tahun enam yang tidak melepasi ujian diagnostik.
(Murid Tahun Satu tidak terlibat dengan Kem Cemerlang Jawi kerana masih dalam proses mengenal asas jawi).
Murid yang mendapat markah 0-59% di dalam ujian diagnostik.
J-QAF ڤروݢرم
مڠاداکن کيم چمرلڠ جاوي برمولا تاهون 2015 اکن ممڤو ممڤرکاساکن ڤنديديقن اسلام دي ڤريڠکت سکوله رنده دان سکوله منڠه. کيم چمرلڠ جاوي مروڤاکن اکتيۏيتي ڤمبلاجرن يڠ مستي دلالوءي اوليه موريد-موريد يڠ لمه. اي ڤرلو دأجر دڠن مڠݢوناکن ميتودولوݢي دان تيکنيک يڠ برکسن سوڤايا مريک داڤت مڠواساءي کماهيرن مڠنل, .ممباچ دان منوليس دڠن سمڤورنا
ساسرنسموا موريد تاهون دوا هيڠݢ تاهون انم يڠ تيدق ملڤسي اوجين دياݢنوستيک.موريد تاهون ساتو تيدق ترليبت دڠن کيم چمرلڠ جاوي کران ماسيه دالم ڤروسيس مڠنل اساس جاوي.
موريد يڠ منداڤت مرکه %59-0 دي دالم اوجين دياݢنوستيک.