Monday 9 January 2017

Pelantikan Pemimpin-Pemimpin Sekolah 2017

9.1.2017, ISNIN. 7.40 Pagi, Dataran Azizah, SK Changkat Chermin.

Unit Hal Ehwal Murid SK Changkat Chermin telah menganjurkan Pelantikan Pemimpin-pemimpin Sekolah dan didahului dengan Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah. Pelantikan Pengawas-pengawas Sekolah telah diadakan semasa perhimpunan pagi ini. Majlis pelantikan ini khusus kepada murid-murid baharu yang telah terpilih bagi memegang jawatan pengawas sekolah.Turut dilantik ialah ketua kelas dan penolong ketua kelas.

Pihak sekolah berharap agar semua murid yang telah dilantik dapat berusaha membentuk peribadi pemimpin di dalam diri masing-masing serta melaksanakan tanggungjawab dan tugas yang telah diamanahkan dengan baik. Jadikan peluang ini untuk mengasah kemahiran memimpin anda semua. Tahniah dan Selamat menjalankan tugas.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...