Thursday 12 January 2017

Majlis Perpisahan Guru-Guru SK Changkat Chermin Bertukar Sekolah

11.1.2017, RABU. 11.30 Pagi, Dewan SK Changkat Chermin.
Majlis Perpisahan guru SK Changkat Chermin iaitu Guru Penolong Kanan HEM, Cik Hjh Roziah bt Abd Kadir yang akan bertukar ke SK Dato Ishak, Lumut sebagai Penolong Kanan Pentadbiran dan juga Ustaz Mohamad Khairuddin b. Mohd Noor yang bertukar ke SK Kg Dato Seri Kamarudin, Seri Manjung. Kami warga SKCC sentiasa mendoakan semoga pertukaran ini dipenuhi dengan keberkatan oleh Allah dan selamat berkhidmat di sekolah yang baru.
Dalam majlis ini juga, cenderahati telah disampaikan oleh Guru Besar, En.Mohamad Hosni dan Penolong Kanan Pentadbiran En Rozaidi serta oleh Guru-Guru SKCC.

Gambar sepanjang majlis perpisahan




















Akhir kata, terima kasih diucapkan kepada Che Azizah,Cik Rodziah dan Ust Mohd Khairuddin atas sumbangan terhadap SK Changkat Chermin sepanjang perkhidmatan. Budi dan jasamu tuan/puan, akan kami kenang sehingga ke akhir zaman. Semoga ikatan silaturrahim antara kita akan terus terjalin merentasi masa. 

TERIMA KASIH, TERIMA KASIH DAN TERIMA KASIH.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...